Kamis, 18 Agustus 2011

Aturan Memotong Kuku


Perlu diketahui bahwa memotong kuku adalah amalan sunat. Berkata Saidatina Aisyah bermaksud: Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur. (Riwayat Muslim). Adapun Imam Nawawi berkata: Sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk hingga ke jari kelingking dan diikuti ibu jari. Kemudian tangan kiri daripada jari kelingking hingga ibu jari. Bagi kuku kaki pula bermula dengan kaki kanan daripada jari kelingking hingga ibu jari. Kemudian kaki kiri daripada ibu jari hingga kelingking. Adalah harus dipotong kuku pada bila-bila masa sahaja. Walaubagaimanapun janganlah membiarkan kuku tidak dipotong sehingga melebihi 40 hari. Dari Anas bin Malik bermaksud: Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam. (Riwayat Muslim). Menurut Imam Shafie: Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid. Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya. (Riwayat Ahmad). Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud: Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang. (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

Yang ini pula daripada Imam Al Ghazali yang menjelaskan tentang tatacara dan aturan memotong kuku :- Mendahulukan memotong kuku tangan kanan iaitu dengan dimulai dari: 1) Jari Telunjuk 2) Jari Tengah 3) Jari Manis 4) Jari Kelingking Kemudian memotong kuku tangan kiri dengan dimulai dari: 1) Jari Manis 2) Jari Kelingking 3) Jari Tengah 4) Jari Telunjuk Selepas itu barulah memotong kuku ibu jari kanan dan ibu jari kiri

Tidak ada komentar:

Posting Komentar